Khamis, Ogos 14, 2008

Salam sejahtera semua.
Karangan merupakan satu pelajaran yang amat tidak digemari pelajar. Ia berpunca daripada sikap pelajar sendiri. Bagi mereka yang malas membaca dan kurang mahir dalam bahasa Melayu, karangan itu sesuatu yang amat menyeksakan dan membosankan mereka. Namun saya amat berharap para pelajar saya akan mengubah tanggapan mereka terhadap pelajaran karangan. Lebih-lebih lagi karangan merupakan komponen penting dalam kertas bahasa.

Tiada ulasan: