Khamis, Ogos 14, 2008

Program Mastera, Bogor 2008

Salam sejahtera semua.
Karangan merupakan satu pelajaran yang amat tidak digemari pelajar. Ia berpunca daripada sikap pelajar sendiri. Bagi mereka yang malas membaca dan kurang mahir dalam bahasa Melayu, karangan itu sesuatu yang amat menyeksakan dan membosankan mereka. Namun saya amat berharap para pelajar saya akan mengubah tanggapan mereka terhadap pelajaran karangan. Lebih-lebih lagi karangan merupakan komponen penting dalam kertas bahasa.

Pertama kali membuat blog


Akhirnya, saya telah mempelajari bagaimana membuat blog. Setelah mengikuti kursus! Agaknya kalau tidak kerana kursus ini, saya masih jakun tentang blog. Hahaha... saya ketawa sendiri... kerana nampaknya saya boleh dikategorikan sebagai buta IT.